Tuesday, December 1, 2009

salam....namaste

sekian lama menghilang..akhirnya kembali, tak pernah ku lupakan kewujudan blog nie cuma hmm menyampah nak tulis sebab bila org yg kita tak suka baca...then dia gunakan info2 dalam ini utk hentam kita balik....
ala2 kononnyea dia mengambil tahu tentang hidup mati aku...tuhan lagi tahu ikhlas ke tak makhluk2 NYA nie..so lantak ko laa

jauh dah aku behijrah dari kehidupan aku sebelom ni...dari kedah dah sampai ttdi..dari training ccp sekarang nak ke jendela OJA...penentuan segala2 nyea..
mudah2an murah rezeki aku dgn job nie..

lately bz gaks ngan preparation kawen...byk tol benda aku nak achieve dlm masa terdekat..suppose aku ok jek,aku yakin aku akan ok..tak mungkin aku bg ruang kepada makhluk tuhan yg konon perasan bagus yg sentiasa cuba menjatuhkan dah menyusahkan aku..sedangkan klu aku susah derang gak tak suka klu aku mintak tlg..lantak laa labu.

aku yakin aku akan lepas, aku akan berusaha sehabis baik utk achieve apa saja yg mampu aku capai..tak mungkin aku izinkan manusia2 itu utk meng"psycho" aku supaya aku putus asa..harapan laa...bak kata trainer aku :talk to the hand ~ ada aku kesah? : manakala benda yg abah dah tanaman dalam jiwa aku dari keci lagi...~persetankan mereka~

tp aku tahu aku gembira kat tempat baru nie..aku bahagia..walaupun sayang aku jauh.. aku sentiasa mendoakan agar dimurahkan @ dimudahkan rezeki kami untuk duk dekat...terbaik... tak leh aa hidup klu jauh...

saja jek nak hilangkan letih utk sambung stai utk oja..nanti senang2 aku sambung lagi..

lately dah rajin praktis masak sebab dah nak menikah dah kot...hehehehe

Monday, June 15, 2009

me...myself and myname

Salam..
kita tahu ke apa maksud nama kita? parents yg bakal menimang cahaya mata berusaha laa sungguh2 cari nama untuk anak2 yang bakal lahir..tp kesudahannyea anak2 tak jadi seperti namanya...even tak tahu apa maksud nama dia..jadi apa kata kita carik maksud nama kita dan jadilah sebahagian dari nama kita itu...

farah nadiah
Farah Joy ~aku memang suka enJOY, aku suka happy2 aku suka buat apa yg aku suka
Nadiah Awal mula sesuatu, pembawa kesetiaan ~setiakah aku? sikitlaa tp setiakah aku
pada agama yang aku anuti nie..masih on off harap2 on selama2nya


Nama yang berkaitan
Farah Joy
Farah Kegirangan, kesenangan, kebahagiaan
Nadiah Awal mula sesuatu, pembawa kesetiaan

FARAH NADIAH
FFleksibel
AAmanah
RRamah
AAlim
HHarum
NNaif
AAbadi
DDinamik
IIkhlas
AAsli
HHarum
Apa ada pada nama?

Tuesday, April 14, 2009

Siapakah Si Dia yang Tidak Boleh Dicuri?
www.iLuvislam.com
asdiq87
editor : kasihsayang


Dia tidak meminta bayaran, namun menciptakan banyak kenalan.

Dia memperkaya mereka yang menerimanya, tanpa melaratkan mereka yang memberinya.

Dia terjadi hanya sekejap namun kenangan tentangnya kadang-kadang bertahan selamanya.

Tak seorangpun yang kaya mampu bertahan tanpa dia, dan tak seorangpun yang begitu miskin tetap menjadi lebih kaya daripada manfaatnya.

Dia menciptakan kebahagian di rumah, mendukung niat baik dalam perniagaan dan merupakan tanda balasan dari kawan-kawan.

Dia memberi istirahat untuk rasa letih, sinar terang untuk rasa putus asa dan sinar mentari bagi kesedihan.

Namun dia tidak dapat dibeli, dipinjam atau dicuri kerana dia adalah sesuatu yang tidak berguna sebelum diberikan kepada orang lain.

Siapakah si dia?

..........................................
..........................






Dia-lah yang bernama senyuman!

Senyum-senyum selalu! emotions

Sunday, May 11, 2008

SaYa xNaK bErSeDiH......

Jangan Bersedih Wahai Sahabatku
www.iLuvislam.com
dihantar oleh: khalifah89


“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita..”
(Surah At-taubah, ayat 40)


Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh semangat dan membekukan jiwa. Dan kesedihan itu ibarat demam yang membuat tubuh menjadi lemas dan tak berdaya. Mengapa berlaku sedemikian? Kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. Rahsia untuk menghidari itu semua adalah dengan menanamkan prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani, bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal hingga kita harus menyerah kepadanya. Kesedihan juga sama sekali tidak mendatangkan manfaat bagi hati, bahkan ia merupakan sesuatu yang amat disenangi syaitan. Oleh itu, syaitan selalu berusaha agar seseorang hamba itu bersedih utk menghentikan setiap aktiviti dan niat baiknya.


Dapatkan lebih banyak gambar menarik di sini.


Bukan dicari-cari


Kesedihan itu bukanlah sesuatu yang dicari-cari dan bukan pula sesuatu yang kita semua harapkan, bahkan ia tidak mendatangkan sebarang manfaat. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan. Baginda selalu berdoa seperti berikut : “Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan..”; maksudnya: “ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan..”

Kesedihan boleh mengotori kehidupan dan juga merupakan suntikan beracun yang berbisa bagi jiwa yg membolehkan mengakibatkan kelesuan, keluhan, dan kebingungan. Kesedihan juga boleh membawa kepada kemurungan yg menggelapkan hati dan akan membuat keseluruhan keindahan menjadi layu. Dengan kesedihan, keadaan yang baik berubah menjadi buruk dan kehidupan yang menggembirakan menjadi mati kerana kesedihan pada akhirnya akan menumbuhkan sifat pesimis dan penyesalan. Namun begitu, pada tahap tertentu kesedihan memang tidak dapat dihindari dan ia pasti akan dilalui oleh seseorang. Oleh itu, disebutkan bahawa para ahli syurga ketika memasuki syurga akan berkata ; “..alhamdulillahhillazi azhab annal hazan..” ( Surah Fathir, ayat 34 ) “segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita kami..” Ini menunjukkan bahawa mereka semua pernah mengalami kesedihan ketika hidup di dunia dulu.

Kesedihan Mendatangkan Pahala

Berbagai musibah lain juga turut menimpa mereka tanpa ada pilihan bagi mereka untuk menlak atau menerimanya. Apabila kesedihan itu datang, tidak ada kemampuan bagi jiwa untuk menghindarnya, maka kesedihan itu justeru akan mendatangkan pahala. Ini kerana kesedihan merupakan sebahagian daripada musibah atau cubaan. Oleh itu, ketika seorang hamba ditimpa kesedihan hendaklah ia sentiasa cuba melawannnya dengan doa dan cara-cara lain yang dapat mengusir kesedihan tersebut.


sumber : buku 'jangan bersedih' , pengarang : dr aidh bin abdullah al-qarni


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

;;