Friday, April 24, 2009

Tidur-tidur Yang Sunat Dikejutkan
www.iluvislam.com
Dihantar Oleh : abraxas248
Editor : naadherah





Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:

Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:
خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله

“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”

(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua:

Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:

Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.

Rasulullah saw bersabda:
من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة

“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).

(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:

Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.
Nabi saw bersabda:
إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم

“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.”


(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Kelima:

Tidur waktu subuh.

Nabi saw bersabda:
الصبحة تمنع الرزق

“Tidur subuh menegah rezki.”

(Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:
الأرزاق تقسم وأنت نائم

“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:

Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:
كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها

“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.”

(Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh:

Tidur lepas solat asar.

Nabi saw bersabda:
من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه

" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”

(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Kelapan:

Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:

Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:

Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”

(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.”

(Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.

Nabi saw bersabda:
رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء

“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya.

(Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)

Ke dua belas:

Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:

إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.”

(Hr Muslim)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.

*Artikel asal : disini

Tuesday, April 21, 2009




Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.




Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman

Assalamualaikum,sekadar berkongsi untuk panduan bersama...

#
Perlukah si suami lepaskan si isteri (cerai) kerana si suami tidak mahu menanggung dosa si isteri lakukan?

#
Seharusnya wujud perbincangan di dalam sesuatu perkahwinan. Sekiranya isteri nusyuz atau engkar maka suami perlu menasihatkan dan memintanya agar berubah. Jika isteri tidak berubah pengasingan tempat tidur boleh dilakukan. Jika isteri masih degil ::suami bolehlah memukul isteri dengan syarat untuk mengajar isteri dan ia tidak boleh menyakitkan isteri samada dengan menggunakan senjata, tangan atau sebagainya.:: Jika isteri masih lagi nusyuz atau engkar, maka terpulanglah kepada suami. Perkara yang nyata dalam hal ini, suami perlu menasihati isterinya. Jikalau isteri masih enggan, maka dosa tersebut terletak pada dirinya.

sumber >>http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=332&Itemid=47



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


ADAB PERGAULAN SUAMI-ISTERI SEJAK PERKAHWINAN



Kewajiban suami



Sebagai seorang suami, dia harus memelihara kesederhanaan dan kesopanan dalam dua belas perkara iaitu:



(1) Walimatul’urus (undangan perkahwinan)

(2) Pergaulan

(3) Bersenda-gurauan

(4) Pimpinan

(5) Kecemburuan

(6) Pemberian Nafkah

(7) Pengajaran

(8) Pembahagian (kalau isteri lebih dari satu)

(9) Pendidikan sewaktu berlaku penyelewengan

(10) Persetubuhan

(11) Kelahiran anak

(12) Perceraian dengan talaq



Pertama: Mengadakan walimah atau undangan adalah sunnat hukumnya

Berkata Anas r.a.: Apabila Rasulullah s.a.w melihat tanda inai pada Abdul Rahman bin Auf r.a., baginda bertanya: Apa ini? Abdul Rahman menjawab: Saya telah menikmati seorang wanita dengan maskahwin emas seberat biji kurma. Maka Rasulullah s.a.w pun mendoakan bagi Abdul Rahman:



“Moga-moga Allah memberkati anda! Adakanlah walimah, walaupun dengan makan roti dan kurma.



Selain itu sunnat memberikan tahniah (ucapan selamat pengantin baru) kepada orang yang baru berkahwin. Seorang yang berjumpa dengan pengantin lelaki mengucapkan:



“Moga-moga Allah memberikan keberkahan kepadamu dan keberkahan untukmu dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan.”



Sunnat juga mengisytiharkan perkahwinan kepada orang ramai supaya diketahui. Bersabda Rasulullah s.a.w.:



“Yang memisahkan antara yang halal dengan yang haram ialah bunyi-bunyian rebana dan nyanyian.”



Kedua: Memelihara pergaulan yang baik dengan isteri-isteri serta menanggung segala keburukan yang mungkin berlaku daripada mereka sebagai menunjukkan tanda belas kasihan terhadap mereka itu.



Allah telah berfirman:



“Dan pergaulilah mereka dengan cara yang baik.” (an-Nisa’: 183)



Allah telah berfirman lagi pada menyatakan kebesaran hak mereka ke atas suami:



“Dan mereka sekalian (isteri-isteri) telah mengambil suatu perjanjian yang berat daripada kamu.” (an-Nisa’: 20)



FirmanNya lagi:



“Dan teman yang di samping.” (an-Nisa’: 36)



Setengah para mufassirin mengartikan ayat ini dengan isteri yang sering berada di samping suami sepanjang masa.



Maksud memperbaiki pergaulan dengan isteri-isteri itu bukanlah dengan semata-mata menahan diri dari menimpakan ke atas mereka sesuatu yang tiada diinginnya, malah menanggung segala yang tiada menyenangkan yang mungkin timbul dari mereka, serta bersifat sabar dan tabah untuk menghadapi segala sikap kurang pertimbangan dan kemarahan mereka. Ini adalah untuk menurut jejak langkah Rasulullah s.a.w. kerana isteri-ister Rasul sendiri kadang-kadang melakukan sesuatu yang tiada menyenangkan hati Rasulullah s.a.w dan ada pula yang menrajuk meninggalkan baginda sampai sehari suntuk hingga ke malam.



Ketiga: Hendaklah suami menambah atas sikap kurang pertimbangan dari isteri itu dengan bersenda gurau, memuji-muji serta bermain-main dengannya, kerana semua itu akan melembutkan hati kaum wanita. Rasulullah s.a.w seringkali bersenda gurau dengan isteri-isterinya dan menuruti kehendak-kehendak mereka, sesuai dengan kadar akal fikiran mereka dalam segala macam perbuatan dan perilakunya. Sekali peristiwa pernah baginda Rasul mengajak Siti Aisyah r.a. melihat permainan orang-orang habsyi di kawasan masjid dan berdirilah baginda di situ menemaninya sebegitu lama sehingga baginda berkata: Sudah puasa?

Bersabda Rasulullah s.a.w.:



“Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik sekali terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik sekali di antar kamu terhadap isteriku.”



Berkata Rasulullah s.a.w kepada Jabir:



“Mengapa tidak perawan yang boleh engkau bermain-main dengannya dan ia bermain-main denganmu?”



Seorang wanita dusun telah mensifatkan suaminya yang telah meninggal dunia dengan berkata: Demi Allah, sebenarnya suamiku itu seorang yang sering ketawa ketika di rumah, pendiam ketika di luar rumah, ia makan apa saja yang aku hidangkan (tidak cerewet), tidak pernah bertanya bila sesuatu tidak ada.



Keempat: Janganlah sang suami melampaui batas dalam persenda-gurauannya dengan isteri, ataupun bersikap terlampau baik sekali sehingga isteri naik muka dengan memaksa suami menurutkan segala kehendak hawa nafsunya sehingga ke batasan merosakkan akhlak dan kelakuan si isteri. Dengan itu terjatuhlah maruah suami di hadapan khalayak ramai. Tetapi yang dianjurkan ialah bersikap sederhana pada segala keadaan. Jika dilihat sesuatu kemungkaran yang dilakukan oleh isteri. Hendaklah suami jangan berdiam diri saja, bahkan menegahnya dan membuktikan kejantanannya sebagai seorang suami ke atasa isteri. Begitu juga jangan sampai dia yang mula membuka peluang bagi isteri untuk melakukan berbaga-bagai kemungkaran, malah bila dilihat isterinya berani membuat sesuatu yang melanggar hukum syara’ atau hukum adat dan maruah, hendaklah ia menunjukkan kemarahannya dan ketidak-senangnya terhadap perkara itu.



Ingatlah bahawa segala terisi di dalam petala langit dan bumi itu diciptakan Tuhan dengan keadilan meka segala yang melampaui had atau batasan keadilan akan terlungkup dengan lawannya.



Sewajarnyalah suami mengambil jalan tengah atau ekonomi, baik dalam menuruti atau menolak kehendak isteri. Hendaklah ia menegakkan kebenaran yang hak pada segala keputusannya, sehingga ia terselamat dari bencana isterinya. Sebab pada kebanyakkan hal, kaum wanita selalu suka berkelakuan buruk, dan sifat tersebut tidak akan terhindar dari mereka, melainkan dengan secara lemah-lembut yang diiringi dengan kebijaksanaan. Oleh itu adalah menjadi suatu tugas utama bagi sang suami memerhati dan meneliti kelakuan isterinya, bermula dengan berbagai percubaan, kemudian mencuba pula meluruskan semua kelakuan yang bengkok itu, sebagaimana yang diharuskan oleh keadaan dan peri-kerukunan rumahtangga.



Kelima: Kalaupun suami cemburu, hendaklah bersikap sederhana; iaitu jangan sampai ia melalaikan pokok-pokok persoalan yang akan menimbulkan berbagai-bagai bencana yang tidak diingini di dalam rumahtangga. Tidak sewajnyalah suami bersikap pelampau dalam perkara melemparkan buruk-sangka terhadap isteri, atau menunjukkan kekerasan atau mengintip rahsia-rahsianya, sebab Rasulullah s.a.w pernah melarang mengikuti aurat-aurat (rahsia-rahsia) kaum wanita. Pada riwayat yang lain baginda melarang menyerempak kaum wanita pada gerak-lakunya.



Sekali peristiwa, apabila Rasulullah s.a.w kembali pelayaran di waktu malam, baginda menyeru para sahabatnya sebelum masuk kawasan negeri Madinah; Janganlah kamu mengetuk rumah isteri-isteri kamu di waktu malam, maksudnya jangan mendapatkan mereka di waktu malam begitu; malah hendaklah mereka bersabar sehingga tiba waktu siang. Malangnya ada dua orang di atara mereka melanggar nasihat Rasulullah s.a.w itu, Mereka terus kembali pada malam itu juga, lalu mereka mendapati perkara-perkara yang tiada diingini telah berlaku di rumah masing-masing.



Dalam sebuah Hadis lain: Sesungguhnya di antara berbagai-bagai cemburu, ialah cemburu yang dibenci oleh Allah azzawajalla; iaitu cemburu seorang lelaki terhadap isterinya tanpa sebab. Kerana sifat itu timbul dari perasaan buruk sangka dari dalam diri, yang mana kita di larang keras bersifat demikian. Adapun cemburu yang memang kena pada tempanya, maka itu adalah memang semestinya ada dalam diri seseorang dan ia termasuk sifat yang terpuji; iaitu sifat cemburu yang bersebab.



Rasulullah s.a.w. telah mengizinkan kaum wanita pergi ke masjid terutama sekali untuk menunaikan dua sembahyang Hari Raya. Keluar ke masjid kaum wanita yang sopan adalah harus hukumnya, tetapi dengan syarat redha suaminya. Walau bagaimanapun meninggalkannya atau tidak menghadirinya lebih terselamat dari fitnah. Sewajarnyalah kaum wanita tidak keluar dari rumahnya melainkan bila ada hal-hal yang penting. Jika keluar untuk bersiar-siar atau kerana perkara-perkara yang tidak perlu akan mencemarkan maruah atau nama baik mereka, dan tidak mustahil pula boleh menarik kepada keburukan. Tetapi kalau mesti keluar juga, maka hendaklah ia memalingkan pemandangannya dari kaum lelaki. Kita tidak mengatakan bahawa wajah lelaki itu dikira aurat pada kaum wanita, sebagaimana wajah wanita dikira aurat pada kaum lelaki, bahkan lebih dari itu; iaitu sebagaimana wajah anak muda Amrad (anak muda yang yang segak cantik dan putih pula kulitnya – pent) yang dikira haram dipandang oleh kaum lelaki dalam keadaan ditakuti berlaku fitnah. Andaikata tiada ditakuti fitnah, maka tiadalah haram hukumnya melihat wajah Amrad itu, sebab pada lazimnya kaum lelaki terbuka wajahnya di sepanjang masa. Kaum wanita pula bila keluar rumah sememangnya dalam keadaan berselubung. Andaikata wajah kaum lelaki itu dikira aurat pada kaum wanita, nescaya mereka juga akan diperintahkan untuk menyelubungi seluruh anggotanya seperti wanita, ataupun kaum wanita itu akan dilarang untuk keluar rumah sama sekali, melainkan kerana urusan–urusan dharurat saja.



Keenam: Berlaku sederhana dalam memberikan nafkah. Jangan terlalu lokek memberikan nafkah kepada isteri, dan jangan pula terlalu boros, maka hendaklah memilih jalan tengah; iaitu secara berekonomi.

Allah berfirman:



“Makan dan minumlah dan jangan berlaku boros.” (al-A’raf: 31)



Ibnu Sirin berkata: Sunnat bagi suami menghidangkan untuk isterinya manis-manisan seminggu sekali pada hari Jumaat. (yakni dibelinya dari pasar — pent)



Suami hendaklah menyuruh isterinya supaya mensedekahkan makanan-makanan yang lebih-lebih yang tidak diperlukan lagi, ataupun makanan-makanan yang kalau disimpan lama nescaya akan rosak. Ini pun dikira sebagai darjat yang paling rendah dari kebaikan. Si isteri juga boleh melakukan serupa itu dengan hukum keadaaan, tanpa mendapat izin atau persetujuan dari suaminya terlebih dulu. Janganlah hendaknya si suami itu mementingkan dirinya saja dengan makanan yang sedap-sedap tanpa dibahagikan kepada isteri juga, kerana kelakuan yang demikian akan menimbulkan rasa tidak senang di dalam hati isteri, yang berkesudahan akan menghasilkan perhubungan yang tidak mesra di antara keduanya. Seterusnya jangan pula menceritakan kepada keluarganya tentang makan-minum yang ia tidak akan mahu menyediakannnya untuk mereka. Jika ia makan hendaklah ia mengajak anak-isteri makan bersama-sama dalam suatu hidangan yang sama.



Di antara yang terpenting sekali dalam perkara memberi nafkah atau belanja ini ialah menjaga nafkah atau belanja itu supaya datang dari jurusan yang halal; dan jangan pula kerana tuntutan isteri, ia sampai mencampur-adukkan nafkah itu dengan kerja-kerja yang kotor atau tak baik. Sebab yang demikian itu adalah suatu jenayah terhadap si isteri dan tidak boleh dikatakan untuk memelihara hatinya.



Ketujuh: Seorang yang ingin berkahwin, hendaklah terlebih dulu mempelajari hal-hal kaum wanita datang haidh dan hukumnya sekadar termampu, untuk mengetahui hukum wajibnya saja, kemudian hendaklah ia mengajar isterinya cara-cara bersembahyang dan hukumnya serta mengingatkannya tentang kemurkaan Allah Ta’ala jika ia tidak mengambil berat tentang perkara-perkara agamanya. Andaikata suami juga kurang pengetahuan dalam urusan agamanya, tetapi di aberusaha pergi bertanyakan orang-orang yang alim, lalu kembali menunjuk-ajar kepada isteri, maka dalam hal ini juga tidak patut isteri keluar keraana maksudnya bertanya. Tetapi jika suami tidak pedulikan juga, bolehlah isteri keluar kerana maksud bertanya. Tetapi jika suami pedulikan juga, bolehlah keluar itu, meskipun suami tidak membenarkan dan harus baginya melanggar larangan suaminya.



Kedelapan: Jika suami mempunyai beberapa isteri, maka hendaklah ia bersikap adil terhadap sekalian isteri-isterinya itu, dan tidak boleh ia melebihkan yang satu dari yang lain. Jika ia ingin keluar negeri dan mahu membawa seorang isteri bersamanya, maka hendaklah ia mengundi antara mereka. Dalam hal suami telah menzalimi seseorang isteri tentang gilirannya, maka sayugialah ia mengqadha’kan harinya, sebab qadha’ itu wajib. Wajib yang lain ialah adil dalam pemberian dan giliran tidur dan tidak wajib baginya untuk menyamaratakan kasih sayang dan persetubuhan, sebab itu tiada termasuk dalam kuasa pilihannya.



Rasulullah s.a.w. ketika dalam masa sakitnya diusung setiap hari dan setiap malam antara isteri-isterinya bila sampai giliran masing-masing. Baginda tetap tidur di rumah salah seorang isterinya di mana jatuh giliran masing-masing, tetapi jika ada di antara mereka yang mengalaah untuk rakannya, maka baginda akan bermalam di situ pula.



Kesembilan: Dalam keadaan isteri bermusyuz (menentang suami), hendaklah suami cuba mengajarnya dengan baik supaya ia kembali taat kepada suami. Apabila berlaku perselisihan antara suami-isteri dan perkaranya tidak dapat diselesaikan sendiri, maka jika perselisihan itu berpunca dari kedua belah pihak, ataupun yang ternyata perselisihan itu berpunca dari pihak suami, sedengkan isteri tidak berupaya untuk menenangkan suaminya, ataupun suami tidak dapat berbuat sesuatu untuk membetulkan semula isterinya; dalam keadaan serupa ini mestilah di cari dua orang hakam sebagai orang tengah. Seorang dari pihak suami dan seorang yang lain dari pihak isteri untuk mengadili perkara keduanya dan cuba menyelesaikan perselisihan itu secara damai, sesuai dengan semangat firman Allah Ta’ala:



“Jika keduanya memang mahukan perdamaian, nescaya Allah akan memberikan taufiq antara mereka.” (an-Nisa’: 35)



Tetapi jika nusyuz itu berpunca dari pihak isteri semata-mata, maka Allah telah pun berfirman di dalam al-Quran al-Karim:



“Pihak lelaki itu lebih mampu meluruskan kaum wanita.” (an-Nisa’:34)



Suami tentu sekali mampu mendidik isteri dan membimbingnya ke jalan mentaati suami secara paksaan. Dalam cara membimbingnya, haruslah diambil jaln secara berperingkat-pringkat; iaitu mula-mula dengan menasihati isterinya secara lemah-lembut dan mengingatkannya akan hak isteri terhadap suami dan mengancamnya bahawa perbuatannya itu akan dikutuki oleh Allah, jika ia ingkar. Kalau ini tidak memberikan kesan dikutuki oleh Allah, jika ia ingkar. Kalau ini tidak kesan, maka hendaklah ia membelakanginya di tempat tidur sendirian meskipun ia masih tinggal bersama-sama dalam sebuah rumah. Hal serupa ini ditempohkan hingga tiga malam berturut-turut. Jika tidak berjaya juga untuk meluruskannya, maka syara’ dalam peringkat ini membolehkan suami memukul isteri dengan pukulan yang tidak mencederakan. Bila memukul jangan ditujukan di muka, kerana yang demikian adalah ditegah dengan keras.



Kesepuluh: Dalam adab-adab bersetubuh. Sunnat dimulakan dengan perbualan-perbualan manis dan bercumbu-cumbun, manakala suami menutup kapalanya dan suaranya direndahkan seolah-olah, dia sedang berbisik-bisik. Apabila telah memuncak keinginannya, hendaklah ia menunggu seketika sehingga isteri pula datang nafsunya. Hendaklah suami jangan mendatangi isteri sewaktu haidh bahkan hendaklah ia menunggu seketika sehingga ia bersih dari haidh, tetapi bolehlah ia bersenang-senang dengan seluruh tubuh badannya, melainkan bersetubuh saja yang dilarang.



Janganlah pula ia cuba mendatangi isteri yang dalam haidh itu pada jalan lain yang telah ditentukan. Perbuatan yang demikian itu adalah ditegah dengan keras, kerana dikhuatiri akan berlaku sesuatu bahaya atau penyakit. Ketahuilah bahawa bahaya dan penyakit itu sentiasa ada, sebab itu ia menjadi lebih keras haramnya daripada bersetubuh dengan isteri yang sedang haidh. Allah telah berfirman:



“Hendaklah kamu mendatangi ladangmu (isterimu) sebagaimana yang kamu ingini.” (al-Baqarah: 223)



Maksud dari ayat sebagaimana yang kamu ingin ialah pada bila-bila masa yang kamu merasa berkeinginan.



Sewaktu isteri masih dalam haidh, tiada tegahan bagi suami untuk beristimna’ (mengusahakan keluarnya air mani) dengan membiarkan tangan isteri bermain-main pada seluruh tubuh badan suami, begitu pula boleh juga suami meraba-raba bahagian-bahagian yang di dalam kain isteri sehingga naik syahwatnya, hanya yang dilarang ialah bersetubuh saja. Malah tiada larangan seseorang suami mengajak isteri yang dalam haidh makan bersama-sama dengannya, atau baring bersama-sama, atau melakukan perbuatan-perbuatan yang seumpama itu.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Di antara adab-adab bersetubuh lagi, janganlah ia ber’azal (menumpahkan air mani di luar kemaluan wanita), sebab tidak ada suatu yang bernyawa yang telah ditakdirkan Allah wujudnya melainkan ia tetap akan wujud bagaimana sekalipun diusahakan untuk mengelakkannya.



Mengenai perbuatan ‘azal itu, ada berbagai-bagai pendapat ulama. Ada yang mengharuskan, dan ada pula yang menghalalkan dengan syarat keredhaan isteri. Jika isteri tidak redha maka dihukumkan haram supaya isteri tidak teraniaya. Tetapi pendapat yang betul ialah pendapat yang pertama, iaitu harus hukumnya.



Tersebut dalam Sahih Bukhari dan Muslim sebuah Hadis dari Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Jabir r.a. katanya; Kita pernah melakukan ‘azal dalam zaman Rasulullah s.a.w. padahal al-Quran masih turun ke atas baginda. Dengan lafaz yang lain: Kita pernah melakukan ‘azal, maka berrita itu telah sampai ke pengetahuan Nabi Allah s.a.w tetapi baginda tiada melarang kami.



Barangkali faedah melakukan ‘azal’ ini kerana hendak memelihar kecantikan isteri dan kesihatannya supaya sering dapat bersenang-senang dengannya. Ataupun untuk mengekalkan perkongsian hidup dengannya supaya terjatuh dari bahaya talaq. Ataupun kerana sebab-sebab yang lain, seperti tidak suka banyak anak sehingga menyebabkan kesukaran untuk mencari nafkah, atau untuk memelihara diri dari keperluan bekerja terus-menerus untuk mencari kelebihan rezekir, dan melakukan kerja-kerja yan tak baik atau lain-lain lagi. Sebab kurangnya kesukaran dalam kehidupan akan menolong kepada menegakkan agama.



Kesebelas: Dalam adab-adab melahirkan anak, ada lima perkara:



(1) Jangan sampai terlalu gembira bila menerima anak lelaki, atau terlalu dukacita bila mendapat anak perempuan, kerana dia tidak mengetahui di mana letaknya tuah di antara keduanya. Betapa banyaknya orang yang dianugerahi anak lelaki merasa kesal di kemudian hari, dan bercit-cita kalaulah anak itu tiada dilahirkan sama sekali. Yang lain pula mengharapkan anak itu, kalau boleh menjadi perempuan saja. Bahkan pada menerima anak perempuan itu, ada kalanya lebih besar pahalanya.



Berkata Anas meriwayatkan Hadis dari Rasulullah s.a.w., sabdanya: Barangsiapa yang mempunyai dua orang anak perempuan, ataupun dua orang saudara perempuan, lalu ia membuat baik kepada keduanya selama ia berdampingan dengan mereka, nanti kelak di dalam syurga saya dan dia seperti dua jari ini.



(2) Hendaklah diazankan di telinga bayi sebaik-baik saja ia lahir dari perut ibunya.



(3) Hendaklah bayi itu dinamakan dengan nama yang baik. Sesiapa yang telah diberikan nama yang tak baik, sunnat diubah nama itu dengan yang lain.



(4) Sunnat dibuatkan aqiqah iaitu menyembelih dua ekor kambing bagi anak lelaki atau seekor bagi anak perempuan. Kemudian sunnat pula disedekahkan emas atau perak seberat rambutnya yang dipotong pada hari ketujuh.



(5) Hendaklah diamanahkan ke dalam mulutnya dengan sebutir kurma atau lain-lain manisan, kerana yang demikian itu dari amalan Rasulullah s.a.w



Kedua belas: Dalam perkara talaq yang mana is merupakan perkara harus yang amat dibenci di sisi Allah Ta’ala. Talaq itu dihukumkan harus, apabila ia tiada disertai dengan penganiyaan dengan jalan yang salah. Namun demikian apabila seseorang telah mentalaq isterinya, maka tentulah ia telah menyakiti hatinya, sedangkan menganiaya atau menyakiti orang lain tiada dibenarkan oleh agama melainkan jika berlaku kesalahan dari pihak isteri, ataupun timbulnya suatu dharurat dari pihak lelaki. Allah telah berfirman:



“Jika isteri-isteri itu mentaati kamu, janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menganiayai mereka.” (an-Nisa’: 34)



Yakni, maksud janganlah pula kamu mencari jalan untuk mentalaqkan mere itu. Tetapi jika ayah si suami tiada senang dengan isteri anaknya, bukan kerana sesuatu sebab yang tak baik, maka hendaklah is mentalaqkan isteri sebagai tanda ketaatan kepada ayah.



Dalam hal isteri menyakiti suami, ataupun berlaku buruk terhadap keluarga suami, maka is dikira bersalah. Begitu pula, jika isteri itu buruk perilakunay ataupun rosak agamanya. Tetapi jika penganiyaan berlaku dari suami terhadpnya, maka ada jalan bagi isteri untuk menebus dirinya dari suami yang zalim itu dengan membayar wang. Dalam hal ini, makruh bagi lelaki untuk menuntut tebusan wang lebih daripada kerugiannya, kerana yang demikian itu adalah semacam tekanan atau bebanan untuk memberati isteri. Bahkan ini berarti seolah-olah sebagai memperniagakan kemaluan wanita.



Allah telah berfirman:



“Tidak mengapa atas keduanya pada apa yang dibayar oleh perempuan untuk menebus dirinya.” (al-Baqarah: 229)



Jadi pengambilan apa yang telah diambil dari suami itu adalah hak untuk dijadiukan tebusan diri siteri dari suami. Adapun isteri yang meminta talaq apa-apa sebab, maka ia berdosa besar sekali.

Seorang suami yang ingn mentalaqkan isterinya, hendaklah memerhatikan empat perkara berikut, iaitu:



1. Hendaklah ia mentalaqkan isterinya dalam keadaan suci dari haidh yang belum ia bersatu dengannya. Sebab talaq dalam waktu haidh ataupun dalam masa suci yang ia telah bersatu dengannya adalah seperkara did’ah yang haram, sekalipun memang ia sengaja melakukan perbuatan itu menjadikan masa iddahnya lebih panjang. Sekiranya ia telah melakukan itu, maka hendaklah ia merujuk isterinya semula. Kemudian ia tunggu pula hingga ia suci sekali lagi, kemudian haidh, kemudian suci lagi, dan pada masa itu terserahlah kepadanya, kalau mahu ditalaqkannya ataupun dibiarkan saja dalam aqadnya.



2. Hendaklah ia menjatuhkan talaq satu, kerana dengan talaq satu pun sudah terhasil meksudnya. Kemudian faedah dari talaq satu, suami boleh rujuk semual sewaktu dalam iddah, jika ia merasa sesal dengan keputusannya yang mula-mula. Jika ia menjatuhkan talaq tiga sekaligus, barangkali ia akan menyesal, maka ketika itu ia tidak boleh kembali lagi kepada isterinya melainkan dengan jalan muhallil; iaitu isterinya dinikaki oleh orang lain lebih dulu sekadar pelepasan nafsunya, kemudian diceraikan dan barulah boleh berkahwin semula dengannya. Aqad nikah muhallil ini ditegah dan dalam hal ini dialah yang menjadi penyebab aqad muhallil itu.



3. Hendaklah ketika menyebutkan talaq itu dengan suara lemah-lembut dan menerangkan sebab mengapa ia terpaksa mentalaqnya tanpa kekerasan. Dalam pada itu hendaklah is menyabarkan dan menggembirakan hati isteri yang ditalaqnya itu dengan sesuatu hadiah, sebagai penutup sakit hatinya dikeranakan berita talaq yang disampaikan kepadanya.



Allah telah berfirman:



“Dan berikanlah (isteri-isteri yang diceraikan itu) pemberian,” (al-Baqarah: 236)



Al-Hasan bin Ali r.a. pernah menyampaikan perkata talaq dua orang isterinya kepada para sahabatnya dengan meminta mereka menyebutkan tentang talaq itu kepada dua isteri tersebut. Kemudian beliau telah membayar kepada setiap isteri sepuluh ribu dirham.



4. Janganlah sampai suami membocorkan rahsia isteri, sama ada sewaktu talaq ataupun sewaktu menikah, sebab ada tegahan keras yang melarang membocorkan rahsia kaum wanita dengan ancaman yang paling berat.





Hak-hak suami atas isteri



Isteri wajib mentaati suami pada segala yang dikehendaki oleh suami daripada perkara-perkara yang tiada maksiat padanya. Di sana terdapat banyak hadis yang diriwayatkan dalam menentukan hak suami atas isteri.



Rasulullah s.a.w telah bersabda:



“Mana saja wanita yang meninggal dunia, sedangkan suaminya redha terhadapnya maka ia akan masuk syurga.”



“Sabdanya lagi:



“Apabila seorang wanita bersembahyang lima waktunya, berpuasa sebulannya, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya nescaya ia akan masuk syurga uang disediakn oleh Tuhannya.”



Berkata Ibnu Abbas: Telah datang seorang wanita dari Khats’am kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: Saya ini seorang wanita yang janda dan saya akan berkahwin. Apakah haknya suami? Baginda menerangkan: Di antara hak suami atas isteri, ialah apabila ia mengingininya serta memujuknya supaya menyerahkan diri sedang isteri suci dari haidh, janganlah menolaknya.



Hak-hak yang lain ialah: Istero tidak boleh memberi apa-apa yang ada di dalam rumah kepada orang lain, melainkan dengan izin suami. Jika ia melanggar juga maka berdosalah isteri itu manakala suami mendapat pahala dari pemberian itu. Isteri tidak boleh berpuasa secara sukarela, melainkan dengan izin suami, jika isteri melanggar juga, nescaya jadilah puasanya itu lapar dan dahaga semata-mata, tanpa mendapat apa-apa balasan dari Allah. Jika isteri keluar dari rumah tanpa izin suami, nescaya Malaikat akan melaknatinya sehingga ia kembali ataupun bertaubat.



Kesimpulannya, hak-hak suami atas isteri itu ada banyak, tetapi yang terpenting sekali ialh dua perkara:



(1) Memelihara diri dan menutup rahsia

(2) Tidak terlampau menuntut perkara-perkara yang tidak diperlukan, dan menjaga agar usahanya tidak termasuk perkara yang haram.



Hak puteri atas kedua ibu-bapa ialah:



Mendidiknya cara pergaulan yang baik dan adab-adab percampuran dengan suami sebagaimana yang diriwayatkan dari Asmak binti Kharijah al-Fizari, katanya kepada puterinya ketika hari perlangsungan puterinya itu: Kini engkau telah keluar dari sangkar yang di dalamnya engkau telah dibesarkan, berpindah ke tempat tinggal yang engkau belum pernah mengenalinya lagi, dan kepada seorang teman hidup yang engkau belum biasa dengannya. Maka umpamakanlah dirimu itu sebagai sekeping tanah, nescaya ia akan menjadi tiangnya. Kalau engkau menganggap dirimu sebagai jariah, tentulah ia akan menganggap dirinya hamba sahaya. Jangan membebaninya agar ia tiada meningalkanmu. Jangan menjauhinya agar ia tiada melupaimu. Jika ia mendekatimu setapak, datangilah ia dua tapak. Jika ia menjauhimu, jauhilah ia dengan baik. Jagalah hidungnya, telinganya dan matanya, sehingga ia tiada meencium sesuatu melainkan yang baik-baik, tiada mendengar sesuatu melainkan yang indah-indah dan tiada melihat sesuatu melainkan yang cantik-molek.



Kesimpulan dari kata-kata yang berkaitan dengan adab-adab kaum wanita tanpa banyak bicara ialah:



Hendaklah ia merupakan sendi utama di dala rumahtangganya. Sentiasa melazimi jahitan dan tenunannya. Tidak banyak naik-turunnya. Sedikit bicaranya dengan tetangga, ia tida mendatangi tetangganya melainkan jika ada perkara yang perlu yang mendorongnya ke sana. Memelihara hak suaminya ketika ia ada di rumah ataupun tiada di rumah. Sentiasa menimbulkan kegembiraan hati suami pada segala kelakuannya. Tiada mengkhianati dirinya terhadap suami dan hartanya. Tiada keluar dari rumah melainkan dengan izin suami. Dan jika diizinkan ia keluar, hendaklah dalam keadaan tertutup. Memilih jalan-jalan yang sepi dari orang ramai, tidak memilih jalan raya atau pasar. Memelihara suaranya supaya tidak terdengar oleh orang-orang asing atau dikenali peribadinya oleh mereka itu. Tidak memperkenalkan dirinya kepada rakan-rakan suaminya dalam menunaikan segala keperluan, tetapi handaklah ia berpura-pura terhadap sesiapa yang disangka mengenalinya ataupun memang dia mengenalinya.



Tugas utama kaum wanita ialah memperbaiki urusannya sendiri dan urusan rumahtangganya, tetap menunaikan semua sembahyang dan puasa. Jika rakan suaminya meminta izin masuk ke dalam rumahnya sedang suami tiada di rumah, maka tidak boleh diizinkan masuk dan tiada boleh banyak berbicara dengannya, sebagai menunjukkan tanda cemburu atas dirinya sendiri dan suaminya. Hendaklah isteri sentiasa merasa puas dengan segala yang diberikan oleh suaminya, sebagai rezeki dari Allah ta’ala. Ia harus selalu mengutamakan hak suami atas dirinya sendiri, begitu pula atas segala hak kaum kerabatnya. Sering membersihkan dirinya sendiri, serta bersedia, pada bila-bila masa untuk menerima keinginan suami. Hendaklah ia sentiasa bersifat belas kasihan terhadap anak-anaknya, memelihara dan melindungi mereka dari segala yang tidak baik, tidak mengeluarkan caci-maki terhadap anak-anak dan tiada menggunakan lidahnya hanya untuk menjawab dan menentang suami.



Di antara adab-adabnya pula ialah: isteri tiada terlalu bermegah-megah dengan kecantikan dirinya, dan tiada pula mengeji suaminya kerana keburukannaya. Adab yang lain lagi ialah: Hendaklah isteri sentiasa melazimkan dirinya dalam kebaikan dan memelihara dirinya pada masa ketiadaan suaminya. Apabila suami kembali bergembiralah ia bersenang-hatilah ia semula bersamanya.



Di antara yang wajib atas isteri dari hak-hak perkahwinan, apabila suaminya meninggal dunia, ia tidak berkabung kerana berdukacita lebih dari empat bulan sepuluh hari. Wajib meninggalkan memakai air wangi, tidak menghiaskan diri dalam masa perkabungan itu.



Rasulullah s.a.w. telah bersabda:



“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman dengan Allah dan Hari Kemudian berkabung atas seorang yang mati lebih dari tiga hari, melainkan atas suami iaitu empat bulan dan sepuluh hari.”



Wajib atas isteri juga tinggal di dalam rumah suaminya yang meninggal dunia itu sehingga iddahnya, tidak boleh berpindah ke rumah keluarganya dan tidak boleh keluar rumah, melainkan kerana sesuatu dharurat saja.



Di antara adabnya lagi, hendaklah ia menjalankan perkhidmatannya yang ia mampu melakukan di dalam rumah, sebagaimana biasanya isteri-isteri para sahabat melakukan, moga-moga Allah redha atas mereka sekalian.

sumber >> http://pondokhabib.wordpress.com/2009/02/26/adab-pergaulan-suami-isteri-sejak-perkahwinan/

Friday, April 17, 2009

Walaupun ada banyak -ve thing yang berlaku dalam masyarakat islam malaysia, at least ada segelintir yang bersungguh2 memperjuangkan islam dan mengamalkan islam sebenar...let all of us "discover the beauty of islam"....

iLuvislam.com di Akhbar Perdana Malaysia
www.iLuvislam.com
Im Koyube
editor : kasihsayang


Alhamdulillah, 16 April 2009 mencatatkan sebuah sejarah yang amat berharga bagi saya dan sahabat-sahabat iLuvislam.com.

Saya langsung tidak menyangka bahawa 'sharing' saya akan di iklankan dalam 3 akhbar utama negara; Berita Harian, The New Straits Times(NST) dan Sinar Harian. Tambahan pula, lokasi iklan sangat strategik dan ia memenuhi separuh dari satu 'page' surat khabar berkenaan. Saya kongsikan gambar-gambar yang telah di-scan dalam artikel ini.

Syukur saya tak terkata, alhamdulillah, bersyukur sangat. Segala puji hanya untuk Allah, Tuhan yang Maha Perancang dan Tuhan yang Maha Penguji. Ia adalah rancangan Allah dan saya syukur dan akur. Ia juga merupakan ujian daripada Allah untuk saya. Maka saya perlu waspada, menjaga hati dari penyakit, sentiasa bersyukur dan tidak cuai.

Tanggungjawab saya semakin sukar dan berat tetapi saya komited untuk tidak patah semangat. Saya yakin bahawa hidup ini bukan untuk diri sendiri semata-mata tetapi hidup ini perlu juga dioptimakan untuk Islam dan ummah; tanpa mengabaikan syariat Allah dan sunnatullah-Nya.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan ESQ Leadership Center Sdn. Bhd. kerana memilih 'sharing' saya dalam iklan yang telah diterbitkan. Semoga usaha kita dalam menyebarkan nilai-nilai Islam kepada dunia dapat diteruskan tanpa henti malah lebih padu dari masa ke masa.

Penghargaan tidak berbelah bagi kepada krew-krew iLuvislam.com yang bekerja kuat untuk Islam melalui wadah iLuvislam.com. Saya yakin mereka semua volunteer untuk kerja-kerja di web kami kerana mereka sayangkan Allah dan mereka sayangkan Islam. Kami berkongi visi jangka panjang yang sama iaitu Syurga Firdaus yang kekal abadi. Saya amat berharap bahawa semangat kalian untuk Islam terus utuh walau usia makin meningkat. Sama-sama-lah kita berganding bahu untuk memastikan masyarakat dunia dapat sama-sama 'discover the beauty of Islam'.

Ramai tertanya-tanya, apakah halatuju iLuvislam.com selepas ini? InsyaAllah kami akan fokus kepada penguasaan media, pendidikan dan ekonomi dalam jangka masa panjang.

Selain itu, kami akan berusaha sehabis baik untuk memberikan kesedaran kepada dunia bahawa Islam bukan hanya sekadar ceramah agama, solat, buku agama dan sebagainya. Tetapi kami ingin sama-sama kongsikan kepada dunia bahawa Islam adalah solusi kepada segala masalah, Islam adalah merangkumi semua aspek kehidupan(the way of life) dan Islam-lah titik pertemuan kepada perpaduan ummah.

Mohon doa dari sahabat-sahabat semua.

Semoga bermanfaat.

~ Together WE make history for our ummah. ~

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1572




Sumber : http://imkoyube.iluvislam.com

Tuesday, April 14, 2009

Siapakah Si Dia yang Tidak Boleh Dicuri?
www.iLuvislam.com
asdiq87
editor : kasihsayang


Dia tidak meminta bayaran, namun menciptakan banyak kenalan.

Dia memperkaya mereka yang menerimanya, tanpa melaratkan mereka yang memberinya.

Dia terjadi hanya sekejap namun kenangan tentangnya kadang-kadang bertahan selamanya.

Tak seorangpun yang kaya mampu bertahan tanpa dia, dan tak seorangpun yang begitu miskin tetap menjadi lebih kaya daripada manfaatnya.

Dia menciptakan kebahagian di rumah, mendukung niat baik dalam perniagaan dan merupakan tanda balasan dari kawan-kawan.

Dia memberi istirahat untuk rasa letih, sinar terang untuk rasa putus asa dan sinar mentari bagi kesedihan.

Namun dia tidak dapat dibeli, dipinjam atau dicuri kerana dia adalah sesuatu yang tidak berguna sebelum diberikan kepada orang lain.

Siapakah si dia?

..........................................
..........................






Dia-lah yang bernama senyuman!

Senyum-senyum selalu! emotions

Sunday, April 12, 2009

How To Love Yourself



How To Love Yourself

www.edu.iluvislam.com
Oleh : Wan Fathiyyah


Stop All Criticism
Criticism never changes a thing. Refuse to criticize yourself. Accept yourself exactly as you are. Everybody changes. When you criticize yourself, your changes are negative. When you approve of yourself,your changes are positive.

Don't Scare Yourself
Stop terrorizing yourself with your thoughts. It's adreadful way to live. Find a mental image that gives you pleasure (mine is yellow roses), and immediately switch your scary thought to a pleasure thought.

Be Gentle And Kind And Patient
Be gentle with yourself. Be kind to yourself. Be patient with yourself as you learn the new ways of thinking.Treat yourself as you would someone you really loved.

Be Kind To Your Mind
Self hatred is only hating your own thoughts. Don't hate yourself for having the thoughts. Gently change your thoughts.

Praise Yourself
Criticism breaks down the inner spirit. Praise builds it up. Praise yourself as much as you can. Tell yourself how well you are doing with every little thing.

Support Yourself
Find ways to support yourself. Reach out to friends and allow them to help you. It is being strong to ask for help when you need it.

Be Loving To Your Negatives
Acknowledge that you created them to fulfill a need. Now, you are finding new, positive ways to fulfill those needs. So, lovingly release the old negative patterns.

Take Care Of Your Body

Learn about nutrition. What kind of fuel does your body need to have optimum energy and vitality? Learn about exercise. What kind of exercise can you enjoy? Cherish and revere the temple you live in.

Mirror Work
Look into your eyes often. Express this growing sense of love you have for yourself. Forgive yourself looking into the mirror. Talk to your parents looking into the mirror. Forgive them too. At least once a day say: "I love you, I really love you."

Love Yourself .. Do It Now
Don't wait until you get well, or lose the weight, or get the new job, or the new relationship. Begin now -- and do the best you can.




taken fr0m : http://solaceforlife.blogspot.com/2007/12/how-to-love-yourself_23.html

Saturday, April 11, 2009



Assalamualaikum...
alhamdulillah until today i still can breathe and live in this world...n the most happy things is i can see the purpose of me being part of the world..

there's a lot of things i would like to share with anyone who read or just pass by my blog, but i try my best key..

i am recovering from a hardship that i faced last weeks, and now alhamdulillah i am more happy about myself.

setiap kepayahan pasti ada ganjaran....i'll explain to you later but now, as a normal human being i need to go to sleep bak kata suhaila...kita bukan robot daaa, robot pun reti habes bateri gaks..

i misses all my friends even thought cik nanie kita yg paling byk memeningkan kepala saya..tp jgn ngirau,kamek tak marah kitak laa.kamek nie sayang...sebab tu laa bimbang..

tgh cuba ringkas kan seringkas mungkin, apa2 pun sapa nak join KOHA....pandai2 laa email or call kat nombor2 yang tertera yea..take care

REMEMBER....there is love out there for us no matter from who and how they show it, but they do LOVE u with all they have.

Special thanks to my beloved and will always be love fiance mr major alliance, my best sisters in the WORLD kak li n farahfery, my kereks n brutal abengs a.shah, my SUPERMAN in IPPT...BOS, and my neutral sis kmz, and last but not least my huggy mommy at IPPT Mem Besar BPIO, without u guys i will not know what will happen to me n i even can't imagine what will happen and don't wanna imagine it...




oh b4 4get, to lovely best friend suhaila kokko @ susu kambing yg spent time with me sampai kul 2 pg, thanks dear 4 ur clear advice...i'll learn n try to achieve our target..jd mcm pn Maziah...

LOVE u Guys a LOT tau...

the Perfect Carrot Cake

It's so nice of Stef to share her carrot cake recipe. It's moist and delicious.







CARROT CAKE:

225g grated carrot steeped in 1/2 cup milk for 10 minutes
125g softened butter
1/2 cup canola or sunflower or corn oil
1 cup chinese black sugar (hei tang), about 70cents per pack at asian section in supermarkets
1/2 cup golden syrup
2 eggs
pinch of salt
1/2 cup raisins
1/2 cup chopped walnuts
2 level tsp ground cinnamon
1 tsp vanilla extract
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
1 and 2/3 cup self raising flour

Frosting:

325g cream cheese, softened
100g softened butter
1 and 1/2 cup icing sugar, sifted (or less if you like, don't add all at one go)
few drops of citrus fruits oil from Phoon Huat OR zest of 1 orange
1/2 tsp vanilla extract

Line two 8-inch tins with paper.
Preheat oven to 180C.

HOW:
Beat butter with oil, sugar and golden syrup until smooth. Beat in cinnamon, salt, vanilla and eggs.
Gently stir in raisins and walnuts.
Sift in flour, baking powder and baking soda. Fold in. Gently fold in carrots and milk mixture.

Divide between the 2 tins, bake for 35 to 40 minutes or until an inserted toothpick comes out clean. Cool completely before unmoulding.

Meanwhile, for frosting, beat everything together till smooth. Spread some on one cake, top the other cake over and evenly frost the top and sides over. Refrigerate to set the icing,you may stud the top with carrot gummies (from sun lik) or else,more walnuts.
Enjoy!


Stef
xx

;;