Saturday, March 29, 2008

lihatlaah koleksi bebear2 kesayangan saya...
hehehe semua tu start dapat lepas spm...sebelom tu takder bebear pun... eh yg putih tu..sebelaj rabbit pink tu dari darjah dua..kakak angkat saya kat johor kasik...nama dia kamylia iza..



yg biru besho tu...seseorang yg pernah saya sayang sepenuh hati kasik...takmo pulangkan sebab bebear tu best dipeluk.. saya lagi besho dari bebear biru tu

yg cokelat tu abg sepupu saya kasik sempena birthday saya ke-18 first time nak hidup kat kl..yg putih baju pink tu housemate masa kat kl kasik nama dia chewan nurul fairuz...

yg biru kecik tu dapat masa dinner ydc 2005..pastu yg pink rabbit tu kawan baik saya kasik...


klu kak nonie nak tambahkan koleksi saya takder hal..hehehe sekarang nie yg ada ngan saya kat melaka cuma yg cokelat tu jek..mak tak kasik bawak yg besho tu...haritu masa praktikal bulan 6-10 bawak balik kampung takut rindu kat dia...
pastu nak bawak dtg balik tak boleh...miss him bulu dia lembut n best sgt..

saya nie kurang kasih sayang..takkan nak peluk org tak tentu pasal kan..so saya peluk laa bebear saya...study pun kadang2 saya peluk dia jugak...best rasa dekat dihati..
akak ada 3 beautiful princess and a prince utk dipeluk....heheh saya takdok lg...
nanti kakak saya bersalin ada laa sorang little prince kat family saya...

take care














Kebanyakkan perempuan/wanita/muslimah
(wanita Islam) tak berapa perasan
atau LEBIH MALANG lagi jika memang TAK TAHU
menahu akan perkara ini...
Samalah juga seperti dengan puasa..kalau
meninggalkannya ketika haid WAJIB qada'.
Sesungguhnya solat dan puasa adalah
rukun Islam..

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita
itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh
kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi??
Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/...
yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali
terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz-ustaz yang bernama LELAKI
jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya ini)

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada
kebanyakkan wanita Islam ;
"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan
solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan
mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:

"Alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period'
maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa
jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu" Jika dibuat
pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...
Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah
nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!!
sekalipun.

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin
karangan HujjatulIslam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab
yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya
juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti
kehebatan ulama' terdahulu.
Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."
perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam
kitab tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha
bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah
haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib,
kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya WAJIB
qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering
sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak
satu rakaat, maka WAJIB baginya qadha solat maghrib dan Isya'.
" Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa
haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh
setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya
haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi
hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat
bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama
solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat
haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu
Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga
perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering,
sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat
(selepas mandi hadas)
maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering
masih dalam waktu Isya'. Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir)
dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat
maghrib.
-Di atas kecuaiannya (tidak betul-betul melihat
darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya
sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu
berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya
menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses
pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah
bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)
cetakan Darul Nahwan Nil
/
Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada
seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan
ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri..

"Sesungguhnya belajarlah dengan orang yang berilmu
dan bijak pandai dari hanya membuat persepsi sendiri...WALLAHUALAM!"

Tuesday, March 11, 2008

huhu ..tak seronoknyea...

salam...
sorry to kak nonie tak jd g opis akak khamis lepas...dah tak larat giler dah lepas g MARA n kolej..
badan pun tak berapa sedap masa tu...tp besalaa berlagak hero..kehulu ke hilir...
heran gak apsal laa beria2 tak larat nie....rupa2nyea..tak jamah apa2 dari pagi
kelam kabut punyea pasal..tu yg mcm nak pitam dibuatnyea...
lain kali ada rezeki kita jumpa..
then malam tu dgn abg n kak sarah n kawan abg gerak balik kampung...
hantar kawan abg kat perlis..then kul 5++ baru sampai umah..
sampai2 tu mak dgn semangatnyea nak masak pulut kuning kari ayam...saya pon tlg laa..
tlg2 alih2 badan dah tak larat sgt...dlm kul8 ke 9 bitau kat mak...lapar laa bau mak nyer kari ayam, adik nak naik mandi then nak makan...alih2 naik kat bilik..ada bebear biru kesayangan...hehehe..sebab windu kat dia...peluk laa dia sambil baring...tiba2 saya tertidor terus...jaga2 kul 3ptg...baru laa pi mandi then makan..heheh buruk betul perangai anak dara...(saya penat tau..klu tak saya bangun awal gak..hehehe)
pastu tgk suma org lepak depan tv jek..saya ajaklaa suma g jalan2..
saya nak g village mall...sebab tak pernah pergi lg..ingatkan best laa sgt sebab dibangga2kan oleh adik ku..alih2 besa jaa...
jalan2..makan2...pastu balik...
sabtu g mengundi..bangga jadi rakyat malaysia yg dah layak mengundi..7.57 saya kuar umah,sebab kitorang nak gerak balik klang, kakak ipar saya nak ngundi gak..heheh kakak saya tak balik sebab tak mendaftar pun...
malas nak citer pasal ngundi..saya nak citer pasal saya demam teruk..
oh sebelum terlupa..awal pagi td datuk tnie meninggal dunia...al-fatihah..
semoga tnie dan keluarga sabar dgn dugaanNya
dari ari ahad sampai laa arinie...sgt menguji kesabaran saya menahan batuk yg kuat,gatal kerongkong,sakit tekak n demam...
sampai saya beberapa kali kene keluar kelas sebab batuk saya panjang n kuat..dan saya rasa lebih kuat dari suara lecturer kat depan...sian dia
n saya rasa bersalah bila sahabat2 kat kiri kanan dah mula batuk jugak...sorry yea
batuk masih menemani saya..dan minyak kwon loong pun sama gak..dah nak dekat habes dah pon..saya dah beli yg baru..hehehe..mcm org tua kan..tp itu jek laa yg mampu bantu saya tido sekejap..sebab bila saya dah start batuk balik..panjang, lama dan amat menyakitkan...selal dia mula kul 2 sampai 5...harap malam nie saya leh tido...saya dah tak larat...dada rasa nak tercabut..huhu tadi saya ada midterm kul 6..30 ptg, saya harap saya skor sebab aritu kuiz saya teruk sket...huhuhu doakan saya yea....
esok malam saya naik bas balik kampung...klu saya bgn awal sok pg, saya sambung pasal forum tu..maaf tau,kondisi badan tak mengizinkan....

Tuesday, March 4, 2008


assalamualaikum...
due to certain circumstance(betul tak eja?) i could not finish my KKB forum just yet..it will be continued..cuti nanti kot..sebab i have midterm n i need to do my assignment
cannot be naughty2 anymore because this is my critical situation...i only have few papers to settle down so that i can complete my degree program... i cannot bear extend anymore..
i will share all my knowledge okay...
sorry sorry n sorry tau...
eventhough i know only few2 people read my blog..
thanks to syikin,tnie n kak noni..
take care n i miss you guys...
to kak noni,bila nak kasik saya tgk akak pulak..heheh kat blog akak asyik nampak anak akak ajek..
take care everyone..love you always

;;