Saturday, March 29, 2008














Kebanyakkan perempuan/wanita/muslimah
(wanita Islam) tak berapa perasan
atau LEBIH MALANG lagi jika memang TAK TAHU
menahu akan perkara ini...
Samalah juga seperti dengan puasa..kalau
meninggalkannya ketika haid WAJIB qada'.
Sesungguhnya solat dan puasa adalah
rukun Islam..

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita
itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh
kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi??
Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/...
yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali
terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz-ustaz yang bernama LELAKI
jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya ini)

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada
kebanyakkan wanita Islam ;
"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan
solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan
mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:

"Alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period'
maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa
jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu" Jika dibuat
pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...
Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah
nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!!
sekalipun.

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin
karangan HujjatulIslam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab
yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya
juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti
kehebatan ulama' terdahulu.
Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."
perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam
kitab tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha
bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah
haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib,
kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya WAJIB
qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering
sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak
satu rakaat, maka WAJIB baginya qadha solat maghrib dan Isya'.
" Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa
haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh
setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya
haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi
hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat
bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama
solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat
haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu
Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga
perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering,
sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat
(selepas mandi hadas)
maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering
masih dalam waktu Isya'. Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir)
dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat
maghrib.
-Di atas kecuaiannya (tidak betul-betul melihat
darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya
sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu
berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya
menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses
pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah
bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)
cetakan Darul Nahwan Nil
/
Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada
seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan
ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri..

"Sesungguhnya belajarlah dengan orang yang berilmu
dan bijak pandai dari hanya membuat persepsi sendiri...WALLAHUALAM!"

1 comments:

senyumm said...

salam..macamne utk cth situasi ni:
azan isyak jam 8:15pm..siti khusyuk tgk tv,jam 8:45pm siti nak solat tapi malangnye die didapati datang haid.adakah wajib untuk siti mengqada solat isyak tersebut??