Tuesday, June 16, 2009

hakikat tudung...

Muhasabah: Tudung


Saya browse internet, untuk mencari fesyen menggayakan tudung labuh.

Macam2 yang saya jumpa.

Tapi semuanya xmemuaskan hati.

Depan labuh, belakang singkat sangat.

Belakang labuh, depan singkat sangat. (ape kes?)

Ada tu cantik, tapi lilit kat leher sehingga menampakkan tinggi/pendekkanya batang leher.

Akhirnya saya terjumpa ini..

Tetapi tudung hanya menjadi tudung apabila ia berjaya melindungi rambut, telinga, leher dan dada seorang wanita yang mahu mentaati Allah di dalam pakaiannya. Jubah hanya menjadi jubah apabila ia berjaya melindungi rupa tubuh seorang perempuan kecuali muka dan tapak tangannya. (saifulislam.com)

Maka saya pendamkan niat untuk berfesyen2 dalam bertudung.

"Wahai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari siksaan api neraka"

Berpesanlah-pesanlah, kerna kita manusia yang pelupa sifatnya. jangan malu untuk menegur, yang benar itu adalah benar, xde yang benar melainkan yang benar.

Apabila manusia mencipta mesin, maka disertakan sekali buku panduan manualnya, maka apabila Allah mencipta manusia, al-Quranlah panduan kita.

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Ahzab;59)


Qoute: Hidup biarlah macam biskut oreo. hitam diluar, putih didalam. manis pulak tu.



P.s: Lagu sekarang: Nur Irsyad, Bersyukur

2 comments:

ProgrammerWifeDaughterSister said...

hehehehe btul3.... tp manusia kekdg ada yg berjaya genggam konsep sebenar bertudung... ada yg kerana fesyen... ada yg halai balai... ada yg sederhana....

anak ahmad no3 said...

at least kita berusaha lah jd yg bersederhana....islam tu kan indah..so klu ikut fesyen islam mesti kita cun@cute lah